Makanan Sihat Untuk Pesakit Kencing Manis
Kebanyakan ubat kencing manis diproses dari herba asli, herba yang rata-ratanya boleh didapati di dapur atau belakang rumah kita sendiri..
MAKANAN SIHAT UNTUK PESAKIT KENCING MANIS
Anda mengalami kencing manis ?
Atau ada keluarga yang mempunyai sejarah dengan penyakit paling utama di dunia ini?
Tahukah anda, kencing manis atau diabetes ini, rata-ratanya berpunca dari rintangan atau penentangan insulin?
Bagaimanakah cara sepatutnya dihadapi bagi mengurangkan penentangan insulin?
Berikut ialah beberapa jenis makanan yang amat baik untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis dan penentangan insulin :
Kulit kayu manis adalah rempah yang berperanan menambah sedap masakan, ianya juga bagus sebagai makanan kesihatan.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kulit kayu manis mampu menurunkan kadar gula dalam tubuh dan menambahbaik tahap sensitiviti insulin dalam tubuh.
Dalam satu kajian, seorang pesakit diabetes jenis(2) telah mengambil kulit kayu manis sebagai suplemen selama lebih 90 hari telah mendapati berlakunya penurunan berganda kadar hemoglobin A1c(istilah sains berkaitan penurunan paras gula)BERBANDING mereka yang mengambil rawatan secara normal.
P/s: Kurangkan pengambilan cassia cinnamon( kulit kayu manis jenis cassia) kurang dari satu sudu sehari, kerana ianya dikatakan mengandungi coumarin yang boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.
Sebaliknya, kulit kayu manis jenis ceylon(true cinnamon/ceylon cinnamon) ialah yang terbaik kerana ianya kurang kandungan coumarin.
Berdasarkan fakta, telur adalah antara makanan terbaik yang mampu membuatkan anda kenyang berjam-jam lamanya.
Pengambilan telur secara kerap boleh mengurangkan risiko sakit jantung dalam pelbagai cara.
Telur mengurangkan radang, menambahbaik tahap sensitivit insulin, menambahkan paras kolestrol 'baik' (HDL cholestrol) dan memodifikasi saiz dan bentuk kolestrol 'jahat'(LDL cholestrol).
Dalam satu kajian, pesakit dengan masalah diabetes jenis(2) yang mengamalkan pengambilan dua biji telur setiap hari sebagai sebahagian dari diet protein tinggi mempunyai perubahan positif pada kolestrol dan paras gula dalam darah.
Sebagai tambahan, telur ialah satu dari sumber lutein dan zeaxanthin, anti-oksida yang memelihara mata dari banyak penyakit.
Pastikan anda makan setiap biji telur secara keseluruhannya. Faedah telur secara umumnya adalah berikutan nutrisi yang didapati di dalam kuning telur berbanding putih telur.
Kesimpulannya, telur mengurangkan faktor risiko sakit jantung, menggalakkan pengawalan paras gula yang baik, memelihara mata dan membuatkan anda kenyang dalam tempoh agak lama.
Chia Seeds atau serbuk chia bolehlah dianggap makanan yang menakjubkan buat pesakit diabetes.
Tinggi kandungan fiber, rendah pula kadar karbohidrat lagi mudah dihadam.
Berdasarkan fakta, 11 daripada 12 gram karbohidrat di dalam satu sajian 28 gram (1-oz) chia seed adalah fiber, yang mana ianya tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah.
Kelikatan fiber di dalam chia seed sebenarnya boleh merendahkan paras kandungan gula dalam darah dengan memperlahankan kadar kelajuan pergerakan makanan di dalam usus untuk diserap.
Chia seed membantu untuk tujuan mencapai berat badan yang ideal dan sihat, kerana fiber mengurangkan rasa lapar dan membuatkan anda berasa kenyang. Sebagai tambahan, fiber boleh mengurangkan amaun kalori yang anda serap dari makanan lain yang dimakan bersama dalam satu hidangan.
Juga untuk tambahan, chia seed terbukti menurunkan tekanan darah dan tanda radang.(cecair protein terhasil akibat radang.)
*Antara bahan herba lain yang membantu merawat kencing manis ialah habbatussauda. Info lanjut klik sini untuk info habbatussauda.
Kunyit ialah rempah mempunyai faedah kesihatan amat besar.
Kandungan aktifnya iaitu cucurmin, boleh merendahkan keradangan dan paras gula dalam darah di samping mengurangkan risiko sakit jantung.
Yang lebih hebat, cucurmin bermanfaat untuk kesihatan buah pinggang bagi pesakit kencing manis. Ini amat penting, kerana kencing manis merupakan satu punca utama penyakit buah pinggang.
Malangnya, cucurmin tidak dapat diserap oleh tubuh secara sepenuhnya. Pastikan anda mengamalkan pengambilan kunyit bersama piperine(boleh didapati di dalam lada hitam) bagi tujuan mempertingkatkan penyerapan sehingga 2000 peratus.
Kacang atau kekacang adalah lazat juga berkhasiat.
Semua jenis kacang mengandungi fiber dan rendah pula karbohidrat mudah hadam, walaupun ada juga sebahagiannya lebih tinggi dari yang lain.
Di sini adalah amaun karbohidrat mudah hadam bagi setiap 1-oz sajian kacang :
Badam: 2.6 gram
Kacang Brazil: 1.4 gram
Gajus: 7.7 gram
Kacang Hazel: 2 gram
Macadamia: 1.5 gram
Pecan: 1.2 gram
Pistachio: 5 gram
Walnut: 2 gram
Kajian pada pelbagai jenis kekacang menunjukkan bahawa pengambilan kekacang secara kerap boleh mengurangkan keradangan dan merendahkan paras gula dalam darah, Hba1c dan kadar kolestrol 'jahat'(LDL)
Dalam satu kajian, seorang yang mengalami kencing manis dan memasukkan 30 gram walnut ke dalam diet hariannya selama setahun, telah mengalami penurunan berat badan positif, penambahbaikan pada komposisi tubuh serta penurunan insulin yang ketara.
Penemuan ini penting kerana ramai pesakit kencing manis jenis(2) selalunya mengalami peningkatan paras insulin yang dikaitkan dengan obesiti.
Sebagai tambahan, para pengkaji percaya bahawa kandungan insulin yang tinggi lagi kronik meningkatkan risiko penyakit serius lainnya seperti kanser dan alzheimer.
Nota :
Kacang adalah bagus untuk pesakit kencing manis. Ianya rendah karbohidrat mudah hadam serta membantu mengurangkan paras gula dalam darah, insulin dan kadar kolestrol 'jahat'.
Brokoli ialah satu daripada sayuran paling berkhasiat yang mudah didapati.
Setengah mangkuk brokoli siap dimasak mengandungi hanya 27 kalori dan 3 gram karbohidrat mudah hadam, pada masa sama juga mengandungi nutrisi penting seperti vitamin C dan magnesium.
Kajian dalam aspek penyakit kencing manis menunjukkan bahawa brokoli mampu menurunkan paras insulin (bagi mereka yang mempunyai rintangan insulin) dan memelihara sel daripada radikal bebas yang merbahaya yang terhasil melalui proses metabolisma tubuh.
Yang lebih utama, brokoli ialah satu lagi sumber baik mengandungi lutein dan zeaxanthin. Keduanya merupakan antioksida penting mencegah penyakit berkaitan mata.
Minyak zaitun perahan pertama amatlah berguna untuk kesihatan jantung.
Ia mengandungi asid oleik, sejenis lemak mono tak tepu yang terbukti menambahbaik fungsi dengan merendahkan paras triglycerides(sistem lemak dalam darah) dan meningkatkan paras lemak 'baik', di mana keduanya kerap berada di paras tidak sihat pada seseorang pesakit kencing manis jenis(2).
Di dalam satu analisa besar-besaran terhadap kajian ke atas pelbagai jenis lelemak, minyak zaitun ialah satu-satunya yang terbukti menurunkan risiko sakit jantung.
Minyak zaitun juga mengandungi antioksida dipanggil polyphenol. Ia mengurangkan keradangan, memelihara sel yang mengawal pembuluh darah (endothelium), juga mengawal paras kolestrol LDL agar tidak dirosakkan oleh oksidasi dan juga mengurangkan tekanan darah.
Nota :
Struktur endothelium boleh dilihat, berupa lapisan nipis sel yang merintangi arteri dan urat darah. Endothelium bertindak sebagai pengawal pintu, mengawal pergerakan bahan-bahan yang keluar masuk dari dan ke dalam darah. Sel-sel Endothelial diikat kemas oleh protein khusus yang berfungsi sebagai tali kukuh (merah) dan yang lainnya bertindak sebagai simen ( biru).
Minyak zaitun perahan pertama tidak diproses (untuk membuang bendasing atau elemen tidak diperlukan), maka ia mengekalkan sifat antioksidanya dan ciri lainnya menjadikan ianya makanan penuh sihat. Pastikan anda memilih minyak zaitun perahan pertama dari sumber yang dipercayai, kerana banyak minyak zaitun yang dicampurkan dengan minyak yang lebih murah seperti minyak jagung dan soya.
Cuka epal mempunyai banyak manfaatnya.
Walaupun diperbuat dari epal, gula terdapat di dalam buah telah pun melalui proses fermentasi dan ditukar kepada asid asetik, menjadikan setiap sudu produk cuka ini hanya mempunyai kurang dari 1 gram karbohidrat.
Cuka epal dibuktikan dapat menambahbaikkan sensitiviti insulin dan menurunkan paras ikatan gula dalam darah. Ia juga berupaya mengurangkan respon gula dalam darah sehingga 20 peratus bila diamalkan bersama hidangan yang mengandungi karbohidrat.
Dalam satu kajian, pesakit kencing manis yang bermasalah kawalan gula telah mengalami penurunan paras ikatan gula dalam darah sebanyak 6 peratus apabila beliau mengamalkan pengambilan 2 sudu cuka epal setiap kali sebelum tidur.
Cuka epal juga mampu memperlambatkan proses pengosongan perut lantas membuatkan anda kenyang lebih lama.
Walaubagaimanapun, manfaat ini mungkin akan menjadi satu masalah kepada mereka yang sememangnya bermasalah gastroparesis(pengosongan perut yang lambat), suatu penyakit yang berkaitan dengan kencing manis jenis(1).
Untuk mengamalkan cuka epal dalam diet harian anda, mulakan dengan minum satu sudu dicampurkan ke dalam segelas air setiap hari. Tambahkan beransur-ansur sehingga maksimum 2 sudu setiap hari.
Berapa banyak sekalipun pengetahuan kita mengenai pemakanan sihat, apa yang lebih utama ialah pengamalan itu sendiri.
Dan pastikan kita mengamalkan sesuatu pemakanan kesihatan itu secara sederhana sahaja, tidak terlalu berlebihan sehingga boleh mengundang implikasi lainnya pula.
Yang paling penting ialah konsisten, konsisten dan konsisten. InsyaAllah ia akan jadi sangat bermanfaat!

KULIT KAYU MANIS

Telur
Telur membekalkan faedah kesihatan yang menakjubkan.

CHIA SEED

KUNYIT
Kunyit ialah rempah mempunyai faedah kesihatan amat besar.
Kandungan aktifnya iaitu cucurmin, boleh merendahkan keradangan dan paras gula dalam darah di samping mengurangkan risiko sakit jantung.
Yang lebih hebat, cucurmin bermanfaat untuk kesihatan buah pinggang bagi pesakit kencing manis. Ini amat penting, kerana kencing manis merupakan satu punca utama penyakit buah pinggang.
Malangnya, cucurmin tidak dapat diserap oleh tubuh secara sepenuhnya. Pastikan anda mengamalkan pengambilan kunyit bersama piperine(boleh didapati di dalam lada hitam) bagi tujuan mempertingkatkan penyerapan sehingga 2000 peratus.
KACANG
Kacang atau kekacang adalah lazat juga berkhasiat.
Semua jenis kacang mengandungi fiber dan rendah pula karbohidrat mudah hadam, walaupun ada juga sebahagiannya lebih tinggi dari yang lain.
Di sini adalah amaun karbohidrat mudah hadam bagi setiap 1-oz sajian kacang :
Badam: 2.6 gram
Kacang Brazil: 1.4 gram
Gajus: 7.7 gram
Kacang Hazel: 2 gram
Macadamia: 1.5 gram
Pecan: 1.2 gram
Pistachio: 5 gram
Walnut: 2 gram
Kajian pada pelbagai jenis kekacang menunjukkan bahawa pengambilan kekacang secara kerap boleh mengurangkan keradangan dan merendahkan paras gula dalam darah, Hba1c dan kadar kolestrol 'jahat'(LDL)
Dalam satu kajian, seorang yang mengalami kencing manis dan memasukkan 30 gram walnut ke dalam diet hariannya selama setahun, telah mengalami penurunan berat badan positif, penambahbaikan pada komposisi tubuh serta penurunan insulin yang ketara.
Penemuan ini penting kerana ramai pesakit kencing manis jenis(2) selalunya mengalami peningkatan paras insulin yang dikaitkan dengan obesiti.
Sebagai tambahan, para pengkaji percaya bahawa kandungan insulin yang tinggi lagi kronik meningkatkan risiko penyakit serius lainnya seperti kanser dan alzheimer.
Nota :
Kacang adalah bagus untuk pesakit kencing manis. Ianya rendah karbohidrat mudah hadam serta membantu mengurangkan paras gula dalam darah, insulin dan kadar kolestrol 'jahat'.
BROKOLI
Brokoli ialah satu daripada sayuran paling berkhasiat yang mudah didapati.
Setengah mangkuk brokoli siap dimasak mengandungi hanya 27 kalori dan 3 gram karbohidrat mudah hadam, pada masa sama juga mengandungi nutrisi penting seperti vitamin C dan magnesium.
Kajian dalam aspek penyakit kencing manis menunjukkan bahawa brokoli mampu menurunkan paras insulin (bagi mereka yang mempunyai rintangan insulin) dan memelihara sel daripada radikal bebas yang merbahaya yang terhasil melalui proses metabolisma tubuh.
Yang lebih utama, brokoli ialah satu lagi sumber baik mengandungi lutein dan zeaxanthin. Keduanya merupakan antioksida penting mencegah penyakit berkaitan mata.
MINYAK ZAITUN PERAHAN PERTAMA (Extra Virgin)
Minyak zaitun perahan pertama amatlah berguna untuk kesihatan jantung.
Ia mengandungi asid oleik, sejenis lemak mono tak tepu yang terbukti menambahbaik fungsi dengan merendahkan paras triglycerides(sistem lemak dalam darah) dan meningkatkan paras lemak 'baik', di mana keduanya kerap berada di paras tidak sihat pada seseorang pesakit kencing manis jenis(2).
Di dalam satu analisa besar-besaran terhadap kajian ke atas pelbagai jenis lelemak, minyak zaitun ialah satu-satunya yang terbukti menurunkan risiko sakit jantung.
Minyak zaitun juga mengandungi antioksida dipanggil polyphenol. Ia mengurangkan keradangan, memelihara sel yang mengawal pembuluh darah (endothelium), juga mengawal paras kolestrol LDL agar tidak dirosakkan oleh oksidasi dan juga mengurangkan tekanan darah.
Nota :
Struktur endothelium boleh dilihat, berupa lapisan nipis sel yang merintangi arteri dan urat darah. Endothelium bertindak sebagai pengawal pintu, mengawal pergerakan bahan-bahan yang keluar masuk dari dan ke dalam darah. Sel-sel Endothelial diikat kemas oleh protein khusus yang berfungsi sebagai tali kukuh (merah) dan yang lainnya bertindak sebagai simen ( biru).
Minyak zaitun perahan pertama tidak diproses (untuk membuang bendasing atau elemen tidak diperlukan), maka ia mengekalkan sifat antioksidanya dan ciri lainnya menjadikan ianya makanan penuh sihat. Pastikan anda memilih minyak zaitun perahan pertama dari sumber yang dipercayai, kerana banyak minyak zaitun yang dicampurkan dengan minyak yang lebih murah seperti minyak jagung dan soya.
CUKA EPAL TANPA PEMANIS
Cuka epal mempunyai banyak manfaatnya.
Walaupun diperbuat dari epal, gula terdapat di dalam buah telah pun melalui proses fermentasi dan ditukar kepada asid asetik, menjadikan setiap sudu produk cuka ini hanya mempunyai kurang dari 1 gram karbohidrat.
Cuka epal dibuktikan dapat menambahbaikkan sensitiviti insulin dan menurunkan paras ikatan gula dalam darah. Ia juga berupaya mengurangkan respon gula dalam darah sehingga 20 peratus bila diamalkan bersama hidangan yang mengandungi karbohidrat.
Dalam satu kajian, pesakit kencing manis yang bermasalah kawalan gula telah mengalami penurunan paras ikatan gula dalam darah sebanyak 6 peratus apabila beliau mengamalkan pengambilan 2 sudu cuka epal setiap kali sebelum tidur.
Cuka epal juga mampu memperlambatkan proses pengosongan perut lantas membuatkan anda kenyang lebih lama.
Walaubagaimanapun, manfaat ini mungkin akan menjadi satu masalah kepada mereka yang sememangnya bermasalah gastroparesis(pengosongan perut yang lambat), suatu penyakit yang berkaitan dengan kencing manis jenis(1).
Untuk mengamalkan cuka epal dalam diet harian anda, mulakan dengan minum satu sudu dicampurkan ke dalam segelas air setiap hari. Tambahkan beransur-ansur sehingga maksimum 2 sudu setiap hari.
KESIMPULAN :
Berapa banyak sekalipun pengetahuan kita mengenai pemakanan sihat, apa yang lebih utama ialah pengamalan itu sendiri.
Dan pastikan kita mengamalkan sesuatu pemakanan kesihatan itu secara sederhana sahaja, tidak terlalu berlebihan sehingga boleh mengundang implikasi lainnya pula.
Yang paling penting ialah konsisten, konsisten dan konsisten. InsyaAllah ia akan jadi sangat bermanfaat!
Comments
Post a Comment