Cendawan Susu Harimau : Khasiat Dan Sejarah

Tambahkan herba Cendawan Susu Harimau ini ke dalam diet anda untuk penyembuhan luka lebih pantas



Ramai yang meragui dirinya. Tiada siapa yang menyokongnya. Begitupun, sekalipun hasilnya masih samar-samar, seorang pengkaji dengan beraninya mula meredah masuk ke dalam lapangan belum diterokai dalam kajian pemakanan bernutrisi. Tujuannya demi mengkaji sejenis kulat atau cendawan unik yang pernah digazetkan sebagai khazanah nasional.

Semuanya bermula dalam tahun 2002 bila mana Dr Mahathir Bin Mohamed, bekas perdana menteri keempat Malaysia mengumumkan semasa ucapan penggulungannnya di konvensyen Bioteknologi Antarabangsa Kuala Lumpur, bahawa beliau akhirnya berjaya menemui satu penawar bagi penyakit batuk kronik yang telah menghantuinya bertahun lamanya : iaitulah Cendawan Susu Harimau.

Seakan jatuh ke dalam telinga orang yang pekak, perkataan Dr Mahathir ini bagaimanapun seolah hanya memberi bekas kepada seorang sahaja yang berada di dalam majlis tersebut. Dr Tan Chon Seng, seorang pengkaji dari MARDI ( institut perkembangan dan kajian agrikultur Malaysia), teringat-ingat dengan jelas betapa sewaktu remajanya, ibunya akan selalu mengisar cendawan kering(yang diwarisi turun temurun dari datuknya) dikisar menjadi serbuk, dicampurkan ke dalam air dan diberi minum untuknya dan adik-beradiknya, diminum apabila mereka mengalami batuk, demam atau kesejukan. Dan ia benar-benar berkesan( dengan izin Allah).



Cendawan Susu Harimau dikenali berasal dari hutan tropika di asia timur selatan, termasuklah Malaysia, Thailand, Filipina, Papua New Guinea, China Selatan, dan sebahagian kawasan Australia.

Sepertimana difahami dari namanya dan berdasarkan kepada kepercayaan tradisi penduduk asal tempatan,tumbuhan kulat tidak dikenali ramai itu dikatakan hidup di kawasan dimana susu ibu harimau yang jatuh ke tanah sewaktu ibu harimau tersebut menyusukan anaknya. Ia telah digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik kesihatan oleh masyarakat orang asli dan populasi orang pedalaman bagi merawat lebih dari 15 jenis penyakit, termasuklah batuk, asma, bronchitis, sakit sendi, demam, kanser payudara, kanser perut, keracunan makanan, penyembuhan luka, ketidakhadaman dan gastrik. Tambahan pula, hampir setiap keluarga bangsa cina dalam tahun 1950an dan 60an telah menyimpan Cendawan Susu Harimau di rumah-rumah mereka sebagai perubatan kecemasan untuk merawat batuk, kesejukan dan asma. Bangsa melayu juga menggunakannya sebagai rawatan untuk pelbagai penyakit termasuklah kanser payudara, hati dan paru-paru.

Cendawan Susu Harimau, yang lebih dikenali sebagai kulat bawah tanah, kali pertama diperkenalkan kepada umum pada tahun 1664. Ia berlaku bilamana seorang agent kerajaan dari eropah telah diberikan produk mistik ini tatkala beliau belayar ke benua asia tenggara. Diterbitkan pada 22 jun 1664, Diari John Evelyn merekodkan nama produk ini sebagai Lac tygridis yang memberi maksud Susu Harimau, dan mencatatkan laporan bahawa kulat ini telah lama digunakan oleh orang tempatan bagi maksud merawat penyakit-penyakit yang tidak ditemui penawarnya oleh doktor-doktor eropah!

Berikutan dari itu, Sir Henry Nicholas Ridley iaitulah bapa industri getah malaysia, telah membuat satu pengumuman yang direkodkan pada 1890 dan mengatakan bahawa cendawan susu harimau merupakan cendawan berubat yang penting digunakan oleh masyarakat tempatan. Beliau bahkan cuba untuk membiakkannya namun gagal. Dalam tahun yang sama, Cooke merupakan orang pertama yang mendokumentasikan kulat in secara saintifik serta berdasarkan kepada spesimen/ cebisan cendawan yang ditemui di Penang, beliau menamakan cendawan ini dengan nama Fomes Rhinocerotis. Hari ini, nama saintifik bagi cendawan ini lebih dikenali dengan nama Lignosus Rhinocerotis/ L. Rhinocerus.

Beberapa Fakta Jarang Diketahui Tentang Cendawan Susu Harimau



Tidak seperti kebanyakan spesis cendawan lain, yang kebanyakannya membiak di dalam kumpulan atau tertumpu dalam jarak yang dekat, Lignosus rhinocerus atau cendawan susu harimau ini membiak secara terasing : anda hanya mampu menemukan satu tangkai pada satu-satu masa! Bukan itu sahaja, apa yang menjadikan ianya begitu berharga dan unik ialah anda tidak menemui tangkai yang lain dalam radius 5 kilometer! Dan, sekalipun anda berjaya menemukannya, amatlah tipis peluang untuk memperolehi cendawan berkualiti yang mampu membesar sehingga peringkat matang dan tumbuh keluar dari tanah serta menerbitkan batang dan lembayung (kepala cendawan).
Lebih malang lagi iaitulah ciri-ciri perubatan Cendawan Susu Harimau atau L. rhinocerus ini hanya dapat ditemui pada umbi atau dipanggil sebagai sclerotium. Jadi, sebaik sahaja umbi yang mengeluarkan batang dan kepala cendawan ini muncul keluar, kebanyakan sebatian aktif di dalam umbi itu telah pun lenyap.

Disebabkan oleh keunikan habitat tumbesarannya, digabungkan dengan kepupusan akibat penebangan hutan, menemukan Cendawan Susu Harimau adalah 'seumpama mencari jarum di dalam longgokan sisa rumput kering'. Tambahan pula, penggunaan antibiotik dan perubatan moden lainnya secara berleluasa yang didasari oleh kemajuan sains dalam tempoh 50 tahun ini menyebabkan cendawan jarang ditemui ini mula luput dari ingatan orang ramai secara perlahan-lahan. Dr Tan Chon Seng menyedari bahawa jika tiada sesuatu yang dilakukan untuk mengutarakan isu ini, lambat laun Cendawan Susu Harimau ni akan menjadi topik dalam buku sejarah atau artifak di dalam muzium. Beliau mahu menyuntik nyawa baru kepada cendawan perubatan jarang ditemui ini.

4 Cabaran UTAMA Untuk Membiakkan Cendawan Susu Harimau



Memahami kitaran hidup Cendawan Susu Harimau, Dr Tan sangatlah menyedari tugasan menakutkan yang menantinya untuk mengatasi empat cabaran utama dalam membiakkan cendawan jarang ditemui ini :
-memastikan bekalan yang stabil dan mampan.
-memastikan kualiti yang konsisten dan analisa genetic yang mengikut piawaian standard( uncompromised genetic profile).
-memastikan keberkesanan yang konsisten.
-memastikan keselamatan penggunaan jangka panjang.

Bagai dijangka, kebanyakan eksperimen beliau gagal. Tetapi beliau membulatkan tekad untuk meneruskannya, dan selepas kerja keras selama 6 tahun, penantiannya akhirnya berbayar. Beliau dan pasukannya akhirnya berjaya mengecapi kejayaan bila mana percubaan mengatasi halangan terbesar dapat dilakukan pada tahun 2008, pembiakkan Cendawan Susu Harimau pertama di dunia akhirnya dapat dihasilkan. Dalam tahun yang sama, LiGNO Biotech Sdn Bhd telah dibentuk untuk mula mengkomersialkan pembiakkan dan penghasilan Cendawan Susu Harimau dalam sekala besar-besaran menggunakan teknologi penapaian pepejal yang dipatenkan pada suhu terkawal dalam persekitaran disteril.

Disokong Oleh Sains



Bersama dengan sepasukan saintis terlatih oleh Dr Tan, syarikat ini tidak hanya terhenti pada peringkat pembiakkan. Mereka mahukan sokongan sains untuk bersuara bagi 'pihak' cendawan ini. Sebilangan besar kajian telah dibuat setakat ini untuk mengesahkan keberkesanan dan analisa keselamatan terhadap Cendawan Susu Harimau yang ditanam mereka ini ( Serbuk LiGNO TM02 yang dikering dan dibekukan ).

Kesan Anti Radang :
Asma, batuk kronik, COPD dan bronchitis dan lain-lainnya adalah kondisi di mana salur pernafasan menjadi bengkak dan sempit. LiGNO TM02 mengandungi agen bioaktif yang mempunyai kesan anti-radang yang boleh membantu membuka salur pernafasan dengan mengurangkan atau menghilangkan bengkak itu sendiri.

Kesan Modifikasi Sistem Imun (Immunomodulating Effects) :
LiGNO TM02 mampu menstimulasikan garis kedua sistem imun pertahanan kepada tahap yang dikehendaki bagi melawan agen asing atau bendasing. Sebagai hasilnya, tubuh kita memperoleh manfaat imun yang lebih kuat bagi mempertahankan diri terhadap masalah sistem pernafasan yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

Kesan Melambatkan Penumbuhan Sebahagian Sel (Antiproliferative Effects) :
LiGNO TM02 akan memperlahankan perkembangan sebahagian sel kanser payudara dan sel kanser paru-paru ( tanpa memberi kesan kepada sel-sel sihat lainnya ). Terdapat potensi yang besar untuk tumbuhan ini digunakan untuk menambahbaik rawatan kanser payudara dan kanser paru-paru, walaupun ianya memerlukan lebih banyak kajian untuk dilaksanakan bagi membuktikan kesahihan fungsi yang khusus ini.

Kesan Anti-Oksida :
LiGNO TM02 mampu bertindak terhadap radikal bebas, sebagai hasilnya mencegah tekanan oksida, di mana ia kebiasaannya akan memudaratkan saluran pernafasan dan fungsi paru-paru.

Isu keselamatan



Berdasarkan kepada garis panduan OECD, lebih dari satu kajian kukuh telah dilakukan dan mereka telah tidak menemui sebarang kesan sampingan pada berat badan, hati, buah pinggang, jantung, limpa, fungsi paru-paru dan juga kesuburan. Sebagai tambahan, pemeriksaan oleh Makmal Toksikologi Pusat Racun Kebangsaan Malaysia telah merumuskan bahawa unsur dadah corticosteroid juga tidak ditemui dalam Cendawan Susu Harimau ini.




Antara contoh Produk Berasaskan Cendawan Susu Harimau



Kesimpulan



Cendawan Susu Harimau yang bermanfaat ini amatlah baik dijadikan alternatif bagi perubatan moden disebabkan keunikannya yang tersendiri mampu merawat berbagai jenis penyakit dalam satu masa. Meskipun ia agak sukar ditemui dan mahal, namun dengan perkembangan teknologi terkini ianya telah mula dikembangbiakkan tambahan pula ianya dibiakkan untuk tujuan komersil pada sekala besar. Sekalipun demikian, dijangkakan nilainya juga akan semakin meningkat berdasarkan permintaan yang bertambah berikutan kesedaran orang ramai yang mula berubah kepada perubatan tradisional hari demi hari.

Comments

Post a Comment

Popular Posts