Atasi Kencing Manis : 50 Tip Ringkas Bagaimana Menurunkan Berat

Bila anda mengamalkan ubat kencing manis dan dalam masa yang sama mempraktikkan gaya hidup sihat, peluang anda untuk kembali pulih amatlah tinggi...



Atasi Kencing Manis : 

50 Tip Ringkas Bagaimana Menurunkan Berat Badan & Mengatasi Masalah Penentangan Insulin

Anda bermasalah kencing manis?

Anda juga mengalami penentangan insulin?

Jangan risau, kerana anda boleh mengatasinya dengan izinNYA.

Antara petua bagi kencing manis dan memulihkan penentangan insulin ialah dengan menurunkan berat badan.

Hah! Di sini admin kongsikan 50 tips motivasi yang pendek lagi mabeles bagi menurunkan berat, agar anda kekal fokus kepada tujuan :


=======

50 TIP RINGKAS BAGAIMANA MENURUNKAN BERAT

=======



1. Tetapkan matlamat. Untuk pergi ke sesuatu tempat, ianya lebih mudah jika anda tahu kemana anda ingin pergi.

2. Makan makanan yang ringkas. Kandungan bahan makanan yang lebih sedikit adalah lebih baik.

3. Elakkan gula.

4. Lebihkan makan protein. Kepentingan protein tidak boleh disangkal.

5. Gerakkan badan anda. Ia tidak bermakna jika hanya duduk-duduk sahaja.


Pastikan matlamat anda jelas serta mampu dicapai. Usah letakkan target yang terlalu ideal, pastikan anda fahami dahulu kemampuan diri dan letakkan matlamat sederhana sukar.




6. Bina sistem sokongan. Cabaran menjadi lebih mudah dicapai jika mendapat bantuan dan sokongan rakan-rakan.

7. Minum air dahulu sewaktu bangun pagi. Sediakan gelas di samping anda sebelum tidur jika ianya membantu.

8. Lebihkan makan makanan yang ringan, kurangkan makan makanan berat.

9. Pakai warna biru. Pelik kan? Kajian penurunan berat menunjukkan bahawa warna biru mengurangkan selera makan.

10. Makan semua jenis sayuran yang anda mampu. Sebagai satu peraturan, anda barangkali tidak mampu makan terlalu banyak sayuran. Faedah makan sayuran bagi menurunkan berat badan adalah mengejutkan.


Pakaian biru membenam selera makan. Benarkah?
Seharusnya anda mencubanya kerana ia benar-benar membantu!




11. Biasakan diri meninggalkan minum kopi bergula. Boleh usahakan minum kopi hitam. Usahakan sampai berjaya.

12. Letakkan cermin di tempat makan. Manusia biasanya akan mengurangkan makan bila melihat diri sendiri sedang makan.

13. Letakkan sudu/garfu (atau tangan jika mengguna tangan lebih afdhol ) ke bawah di antara setiap kunyahan. Hayati detik tersebut dengan tenang.

14. Ban atau jadikan makanan terlarang ke atas semua jenis makanan mengandungi sirap jagung fruktosa tinggi.

15. Gunakan senaman sebagai alat mengatasi kebosanan.



Makan depan cermin 


Dikatakan ia membantu mengurangkan selera



16. Kekal positif!

17. Gunakan aplikasi penurunan berat badan untuk membilang kalori.

18. Jauhi makanan putih(berlemak). Yougurt(susu masam) dan bunga kobis adalah beberapa pengecualian kecil dari makanan putih yang tidak memudaratkan anda.

19. Makan makanan yang berempah! Guna sos pedas bagi memasak makanan supaya anda boleh makan lebih perlahan dan kenyang lebih cepat.

20. Kuatkan tubuh dengan empat senaman paling penting.


Susu Masam atau Yogurt amat baik untuk diet sihat




21. (Jika makan di kedai contohnya makan roti/nasi/pasta berkuah/berinti daging atau apa-apa jenis kuah/inti), minta untuk diasingkan inti di sebelah dan roti di sebelah(supaya anda boleh pilih sendiri mana yang sesuai dengan diet atau tinggalkan apa yang tidak sesuai.)

22. Mulakan sekarang. Jangan tangguhkan apa yang anda tahu bahawa anda perlu lakukannya.

23. Tunggu sehingga perut mengeluarkan bunyi kecil atau berkeroncong(bunyi lapar). Ini bagi mengelak terlebih makan.

24. Makan makanan kurang kalori.

25. Gunakan tangga.


Lebih tinggi & lebih banyak anak tangga, lebih banyak kalori dapat dibakar.




26. Reka atau amalkan mana-mana resepi makanan yang bebas karbohidrat yang menumpukan pada protein dan sayuran sahaja.

27. Minum air 30 minit sebelum makan.

28. Banyakkan berjalan jauh, amalkan berjalan laju sebagai amalan harian.

29. Makan kekacang untuk menurunkan berat, elakkan snek bergula.

30. Mulakan minum susu rendah lemak.



Berjalan laju atau Brisk walk dikatakan lebih baik dari berjogging kerana berjongging memberi kesan hentakan pada lutut untuk jangka masa panjang.
Adapun berjalan laju, ianya adalah senaman paling selamat dan mudah dilakukan di mana jua pada bila-bila masa.





31. Elakkan minum jus bercampur gula. Sebaliknya, makan sahaja buah-buahan.

32. Letakkan treadmill(mesin larian) di bahagian bilik tv supaya anda boleh membakar kalori setiap kali menonton tv.

33. Bersikap baiklah terhadap diri sendiri. Anda tidak akan membalas jika ada seseorang yang terjerit-jerit kepada anda, jadi usah menjerit-jerit kepada diri sendiri(kawal stress sewaktu berdiet kerana seseorang yang berdiet akan cepat penat, sekaligus kerap mengalami stress atau tekanan).

34. Kerap gunakan penimbang berat. Bila anda kerap menimbang berat anda, anda akan lebih fokus kepada perkembangan diet anda.

35. Jujurlah dengan diri sendiri. Bila anda menipu sewaktu menghitung kalori, anda hanya menipu diri sendiri. Mulakan dengan dialog dengan jujur dalam diri sendiri.


Lakukan perkara yang digemari sambil membakar kalori





36. Jangan makan berseorangan. Anda akan kurang makan bila ada orang lain yang dapat berbual-bual bersama sewaktu makan.

37. Beli baju baru setiap kali saiz badan anda mengecil beberapa saiz. Ini akan menjadi 'pakaian gemuk'(sendat) yang boleh digunakan sebagai motivasi.

38. Buat senaman secara tetap. Senaman meremajakan usia dan membantu menurunkan berat.

39. Makanlah yogurt greek atau susu masam greek. Ia mengenyangkan, kaya protein dan rendah kalori.

40. Timbanglah makanan anda dengan penimbang dapur supaya anda tidak terlepas untuk mengira berapakah kalori yang anda makan.


Jadikan senaman perkara rutin yang jika tertinggal membuat anda gelisah 





41. Dapatkan tidur yang cukup setiap malam. Tidur ialah asas kepada kesihatan dan keseimbangan hidup.

42. Minumlah teh hijau, kajian menunjukkan ia menggalakkan faedah penurunan berat badan.

43. Mulakanlah dengan diet sayuran untuk turun berat yang lebih cepat. Ianya menyeronokkan, lebih sedap dari apa yang anda
selalu bayangkan.

44. Tetapkan kejayaan anda dengan matlamat yang boleh dicapai atau realistik.

45. Elakkan diet menurunkan berat menggunakan pil-pil yang kebanyakannya menabur janji serta dakwaan yang tidak realistik.



Ramai yang mengabaikan tidur awal di waktu malam.
Sebaiknya tidur bermula selepas isya kira-kira jam 9 hingga 12 dikatakan menyamai tidur selama 9 jam.





46. Pergi ke kedai dalam keadaan perut kenyang.(kajian menyatakan bahawa pergi ke kedai dalam keadaan lapar akan menyebabkan anda selalunya terlebih membeli, menatijahkan banyak makanan yang akan dibawa pulang yang akan mengganggu diet anda.)

47. Elakkan tekanan atau stres kerana ia adalah satu dari punca makan berlebihan.

48. Berus gigi anda setiap kali selepas makan ; bau wangi pada ubat gigi akan memberi isyarat kepada otak bahawa masa makan sudah tamat.

49. Jika makan di restoran atau kedai makan, terlebih dahulu minta bekas untuk membungkus makanan sebelum makanan sampai( anda akan kurangkan makan dan memberi isyarat kepada minda bahawa 'terpaksa' masukkan sebahagian yang belum habis dimakan ke dalam bungkusan untuk dibawa balik).

50. Siapkan jadual agar anda tetap tekun dengan diet, supaya anda tidak terkesan dengan sebarang gangguan pada rutin harian anda.

Pastikan cara memberus gigi yang betul juga dipraktikkan. Ia membantu proses penghadaman yang lebih lancar sekaligus membantu diet anda.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nah! Anda sekarang sudah lebih bermotivasi untuk menurunkan berat badan bukan?

Jom mulakan! Sekarang!

Kongsikan juga di bawah ruangan komen, pengalaman anda menurunkan berat badan, jika ada!

Comments

Popular Posts