Cendawan Susu Harimau : Khasiat Dan Sejarah
Tambahkan herba Cendawan Susu Harimau ini ke dalam diet anda untuk penyembuhan luka lebih pantas Ramai yang meragui dirinya. Tiada siapa yang menyokongnya. Begitupun, sekalipun hasilnya masih samar-samar, seorang pengkaji dengan beraninya mula meredah masuk ke dalam lapangan belum diterokai dalam kajian pemakanan bernutrisi. Tujuannya demi mengkaji sejenis kulat atau cendawan unik yang pernah digazetkan sebagai khazanah nasional. Semuanya bermula dalam tahun 2002 bila mana Dr Mahathir Bin Mohamed , bekas perdana menteri keempat Malaysia mengumumkan semasa ucapan penggulungannnya di konvensyen Bioteknologi Antarabangsa Kuala Lumpur, bahawa beliau akhirnya berjaya menemui satu penawar bagi penyakit batuk kronik yang telah menghantuinya bertahun lamanya : iaitulah Cendawan Susu Harimau. Seakan jatuh ke dalam telinga orang yang pekak, perkataan Dr Mahathir ini bagaimanapun seolah hanya memberi bekas kepada seorang sahaja yang berada di dalam majlis tersebut. Dr Tan Chon Sen...